Isnin, 8 Julai 2013

Kuruskanlah badan secara sihat..dan vice-versa

Assalamualaikum muslimeen wal muslimat dan selamat sejahtera kepada sahabat-sahabat "non-muslims"..




Akak nak cerita sikit hal kesihatan kerana tiada orang yang boleh lari dari realiti ini. 
Minat atau tak minat kena ambik tahu hal kesihatan.

Lahir sahaja akaun kesihatan anda telah dibuka. 
Tarikh mula telah ada.
Tarikh tamat siapa yang tahu hehe

Akak sewaktu mengandung anak ketiga pada tahun 2005, bermulalah episod akak sebagai pesakit diabetes atau dalam bahasa orang kampung akak di Pasir Mas, "kecing manih".
Bacaan gula dalam darah ketika itu 12. 
Akak pujuk hati, sementara je ni.
Lagipun masa tu akak mengidam satu macam ke "nasik kandaq". Entah berapa tan kalori akak sedut ke dalam badan sehari.
Padanlah kena, kata suami.

Selepas bersalin, bacaan kembali normal.
Akak jadi sedap hati.

Makan jadi santapan rohani hihi

Namun, sehingga selesai melahirkan anak keempat pada tahun 2006, bacaan akak tak kurang-kurang. Main lingkungan 7-10, kadang-kadang melompat ke 13.

Akak tanya doktor, kalau berterusan kena ambik insulin.
Masalahnya insulin ini dos akan makin bertambah kerana respons badan akan berkurangan saban hari.

Alamak!

Dah terbayang penyakit 3 serangkai yang akan datang menjemput daku bila-bila masa..
Kadang-kadang terbayang batu dua..anak-anak kecik-kecik lagi.. kesian suami nak besarkan depa sorang-sorang..

Nasib baik kak ipar saya bagi nasihat yang mengubah terus senario kesihatan saya.
Dia ni medical doctor.
Dulu belajar 6 tahun di Royal College of Surgeons, Dublin.
6 bulan berkhidmat di Manchester, duduk di Cheetham Hill la mana lagi hehe
Hampir 7 tahun berkhidmat di Hospital Queen Elizabeth, K. Kinabalu.
Sekarang berkhidmat di sebuah klinik swasta berdekatan Stadium Selayang.

Dia sendiri melarang akak ambik ubat, nanti selepas beberapa tahun rosak buah pinggang.
Macam tikus membaiki labu, makin teruk.

Jadi akak kontrol ambik gula dan makan .

Dulu berat 76kg, sekarang tinggal 62 kg.
Bacaan gula pun maintain 5 lebih sahaja..
Alhamdulillah..memang betullah kegemukan di kunci segala penyakit..hehe

Tak caya tengok ekk..

SEBELUM (DARI DULU HINGGA PERTENGAHAN 2012): 73 kg




SELEPAS (HUJUNG 2012): 52 kg




Selepas mengambil produk MLM yang akak anti selama ini hehehe...Hidup akak berubah.Tak pernah kurus dalam hidup sejak berumur 15 tahun..Suami tak pernah tengok akak kurus sebelum ini kerana selama 13 tahun kami kahwin tak pernah ada masa berat badan turun walaupun selepas bersalin.
Herbalife.

Makan "shake" asas soya yang mengandungi semua nutrien yang kita perlu pagi-pagi, kemudian minum teh tanpa gula untuk nyahtoksik beberapa liter sehari, Alhamdulillah...
Makan tengahari boleh, petang sebelum Maghrib pun boleh.




Cuma kurangkanlah..kalau dulu biasa belasah minimum 3 pinggan macam akak..kurangkanlah jadi sepinggan. Jenis makanan pun pilih-pilihlah.. kurangkan yang berminyak dan berlemak..
sebulan sekali nak lepas gian tu takpa..tak best jugak asyik menahan diri je, puasa pun Allah haramkan pada 1 Syawal, nak suruh merasa jugak nikmat makanan :)

Telefonlah akak 019-2799417 kalau nak tau lebih lanjut..
E-mail pun takpe faridval@gmail.com.

Allhamdulillah, akak bukan je kurang berat badan, bonus pulak tu.. Allah jadikan makanan tambahan ini asbab untuk akak mengandung setelah 6 tahun rehat..
Memang akak tak ambik pil perancang ke, suntik ke, dan lain-lain cara pencegahan hamil.
Haid dulu tak teratur, macamana nak mengandung.
Sekarang Alhamdulillah semua kembali normal..
Tengoklah baby Nasif yang comel ni..



Akak amalkan Herbalife sepenuhnya dalam kehamilan, Alhamdulillah tak ada masalah akak tak cukup zat (nutrien) atau baby tak cukup zat. 

Amalina pun macam tu.



Prof Muhaya pun guna herbalife tau.. Cuba klik atas link ni:




Moga ramai yang beroleh manfaat dari blog akak yang tak seberapa ni..
Kuruskanlah badan secara sihat dengan nutrien yang cukup untuk hasil yang baik..

Rabu, 4 April 2007

Ilmu keibubapaan jamin tarbiah anak

Perkongsian pintar penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan keluargaDIDIKAN TERBAIK: Ibu bapa berperanan dalam mendidik masa depananak dari segi akhlak untuk melahirkan individu yang salih.BELAJAR rajin-rajin, abah tak ada harta dan ilmu adalah harta paling berharga yang abah boleh tinggalkan kepada anak.Begitulah ungkapan yang sering dilafazkan oleh ayah ketika kecil dan ia adalah motivasi paling berkesan kepada diri saya hingga ke hari ini, terutama selepas mempunyai anak sendiri.Abah dan arwah emak dalam kepayahan hidup sentiasa berkorban dan berusaha untuk mendidik kami adik beradik. Pilu mengingatkan bagaimana abah yang hanya berpendapatan kecil, berkebun dan memancing selepas pulang kerja demi menampung perbelanjaan harian dan arwah ibu bangun seawal jam 3 pagi untuk membuat kuih untuk dijual, di samping mengambil tempahan menjahit baju.Rumah kami dulu juga tidak ada banyak perabot dan perkakas, yang ada hanya keperluan asas. Abah sering mengingatkan arwah emak supaya tidak membazir duit dan sentiasa mendahulukan pendidikan anak.Pengorbanan dan semangat tinggi ditunjukkan ibu bapa saya mungkin juga dapat dirasai oleh pembaca dan kita mesti sentiasa menghargai jasa ibu bapa kita. Siapalah kita tanpa pengorbanan besar mereka.Konsep pengorbanan diajar kepada kita dalam al-Quran antaranya kisah Nabi Ibrahim a.s dan Siti Hajar sebagai ibu bapa serta Nabi Ismail a.s sebagai anak yang patuh dan taat kepada Allah.Setiap ibu bapa harus bersikap gembira apabila mendapat rezeki berupa anak. Allah menceritakan di dalam al-Quran bagaimana Nabi Ibrahim a.s apabila diberi khabar oleh malaikat bahawa Allah akan mengurniakan seorang anak lelaki, lalu Nabi Ibrahim a.s menyatakan kegembiraannya dengan mengucapkan selamat sejahtera seperti firman Allah dalam al-Quran yang maksudnya: “Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Ibrahim dengan membawa khabar gembira, sambil mereka berkata: “Selamatlah! Dia menjawab, “Selamat! (Surah Hud, ayat 69)Kegembiraan ini mestilah disyukuri dengan menyiapkan diri dan berusaha untuk menjadi ibu bapa berjaya mendidik anak yang taat dan mendapat keredaan Allah SWT. Tugas ini bukan suatu yang mudah dan ia menuntut pengorbanan besar.“Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)Antara pengorbanan yang perlu sentiasa dilakukan ibu bapa adalah sentiasa menimba ilmu keibubapaan tidak kira pada peringkat mana umur anak.Ilmu sangat penting demi menjamin tarbiah anak dan kesejahteraan keluarga. Ilmu dapat membantu ibu bapa untuk lebih peka kepada tahap dan kaedah yang paling berkesan dalam pendidikan dan menangani masalah anak.Mendalami ilmu memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang bukan sedikit.Sejak dari dalam kandungan seorang ibu bapa juga perlu banyak berkorban dengan menjaga akhlak dan ibu mendapat makanan berkhasiat serta sentiasa berdoa kepada Allah supaya anak dikandung sihat dan menjadi anak yang salih.Anak dalam kandungan hendaklah dibacakan dengan ayat suci al-Quran supaya anak sentiasa mendengar kalimah Allah sejak dari kandungan lagi.Proses kelahiran dan menyusukan adalah pengorbanan yang tidak terhingga seorang ibu. Ibu bapa berkewajipan memenuhi keperluan anak baik berupa kebendaan mahupun kerohanian.Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab ini. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang telah cukup dikatakan berbuat dosa, apabila mensia-siakan orang-orang yang menjadi tanggungan makan minumnya.” (Riwayat Abu Daud)Hari ini selain daripada bapa, ramai ibu yang keluar bekerja demi memenuhi tuntutan ini. Bukan sedikit pengorbanan yang perlu kita lakukan ketika berusaha bekerja dan memastikan rezeki dicari adalah halal.Dalam kesibukan mencari rezeki, ibu bapa tidak boleh memberi alasan membiarkan saja pendidikan agama/rohani anak.Institusi sokongan seperti pusat asuhan kanak-kanak (taska), pusat jagaan harian, taman didikan kanak-kanak (tadika), sekolah, pusat pengajian al-Quran dan fardu ain adalah perkongsian pintar dalam merealisasikan matlamat pendidikan anak.Ibu bapa perlu bijak memilih institusi untuk menghantar anak mereka. Pilihlah institusi yang menitikberatkan agama dan terutama solat kerana cara paling tepat mendidik anak mengenal Allah ialah dengan melatih mereka untuk mengerjakan solat.Memandangkan betapa pentingnya solat sebagai jalan untuk menjadikan manusia tunduk kepada Allah, maka Nabi Ibrahim a.s memohon kepada Allah agar dirinya dan keturunannya dijadikan sebagai orang yang tetap menegakkan solat seperti firman Allah yang maksudnya: “Wahai tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan (begitu juga) anak cucuku, wahai tuhan kami, terimalah doaku.” (Surah Ibrahim, ayat 40)Begitu juga Luqman, salah satu wasiat kepada anaknya seperti disebut dalam al-Quran yang maksudnya: “Hai anakku, dirikanlah solat.” ( Surah Luqman, ayat 17)Dengan ini sewajarnya ibu bapa menjadikan solat sebagai pilihan utama untuk mendidik anak beraqidah tauhid. Mereka mesti terlebih dulu mendirikan solat dan sentiasa berbincang dan meneruskan kesinambungan pentarbiahan anak di rumah dan tidak menyerahkan tugas ini seratus peratus kepada pengasuh atau guru sahaja.Anak hendaklah dibelai dengan penuh kasih sayang. Untuk tujuan ini ibu bapa mesti terlebih dulu sentiasa membaiki akhlak diri supaya anak sentiasa dilihat dengan pekerti mulia dan insya-Allah terdorong untuk mencontohi ibu bapa mereka.Hadis yang maksudnya: “Allah memberi rahmat kepada ayah yang membantu anaknya untuk berbakti kepada-Nya.” ( Riwayat Abu Saikh)Dalam hal ini Allah memberi petunjuk supaya ibu bapa tidak mudah marah dan hendaklah gemar memaafkan kekeliruan anaknya seperti firmannya yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menahan marah serta memaafkan orang lain dan Allah mencintai orang-orang yang berlaku baik.” ( Surah Al- Imran, ayat 134)Proses pentarbiahan anak mengambil masa yang panjang dan ia sudah tentu menuntut ibu bapa untuk istiqamah dalam apa juga bentuk pengorbanan dilakukan di samping terus berdoa untuk kesejahteraan anak.“Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri dan keturunan kami perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.,” (Surah Al- Furqan, ayat 74)Setiap pengorbanan juga menuntut kita supaya melakukan perubahan bermula dengan diri kita sendiri setiap hari. Sebagai ibu bapa kita mesti sentiasa berusaha menjadi contoh kepada anak kita dan ia kunci kejayaan dalam melahirkan anak yang salih wal musleh.

Komunikasi eratkan hubungan keluarga

Ibu bapa patut terap kasih sayang, beri sokongan emosi supaya jadi contoh kepada anakIBU bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab penting dalam pembentukan integriti keluarga serta masyarakat. Didikan di rumah, selain pendedahan pada peringkat sekolah dan amalan sifat murni menjadi nadi kepada peribadi seorang individu mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
Dalam hubungan ini, ibu bapa disaran mengenali aspek personaliti anak sejak kecil, sekali gus membantu mencari peluang dan potensi mereka untuk berjaya. Perubahan persekitaran yang begitu pantas dalam era globalisasi, mendidik anak kini menjadi cabaran bagi ibu bapa.Oleh itu, hubungan antara ibu bapa dan anak harus diperbaiki dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat pengukuhan integriti dalam keluarga. Antaranya, meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti bersama anak dan ahli keluarga bagi menjamin kerukunan rumah tangga.Kaunselor Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Wilayah Persekutuan, Sabaram Naidu, berkata peranan dan tanggungjawab mendidik anak seharusnya dipikul bersama antara suami isteri dan bukan satu pihak.“Ibu bapa perlu selalu meluangkan masa untuk anak dan bertukar peranan mengikut situasi seperti menjadi rakan baik terhadap pasangan dan anak dengan mendengar luahan serta berkongsi cerita.“Kasih sayang juga perlu diberi tanpa rasa berbelah bagi ataupun dengan syarat tertentu. Pada masa sama, kasih sayang perlu ditunjukkan dengan cara menyatakan rasa cinta, rindu dan sayang terhadap keluarga,” katanya pada kursus bersiri Pembangunan Keluarga ‘Pengukuhan Integriti Keluarga’ anjuran LPPKN, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Sabaram berkata, ibu bapa juga perlu menjadi contoh kepada anak. Peluang mendekati dan memahami anak akan membuatkan si kecil merasa dekat dan mendapat sokongan emosi daripada ibu bapa.“Ibu bapa perlu mengawal emosi apabila berdepan dengan kerenah anak. Jika ibu bapa ada membuat kesalahan, tidak perlu malu untuk mengaku kesilapan dan memohon maaf.“Sikap begitu memberi peluang kepada anak untuk mencontohi sifat terpuji dan mereka akan berasa bangga mempunyai ibu bapa sedemikian,” katanya.Proses tumbesaran anak dari segi emosi dan fizikal juga menyebabkan ibu bapa perlu bersedia dan peka terhadap perubahan tingkah laku mereka. “Apabila anak membesar, beri peluang kepada mereka untuk buktikan dirinya sudah dewasa. Selain itu, nyatakan isi hati dan harapan kita pada mereka secara jelas dan minta pandangan supaya berlaku komunikasi yang berkesan,” katanya.Sementara itu, pensyarah Bahagian Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Dr Lihana Borhan, berkata integriti dalam komunikasi keluarga sangat mementingkan kejujuran dan keterbukaan.“Ada dua jenis komunikasi iaitu komunikasi instrumen dan berkesan yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat pengukuhan integriti keluarga.“Komunikasi berkesan bermaksud proses penyampaian maklumat daripada seorang ke seorang yang lain supaya diterima dan difahami,” katanya.Dr Lihana berkata, komunikasi yang berkesan juga mempunyai gangguan yang menghalang penyampaian mesej dalam wahana komunikasi dan perbezaan tafsiran individu itu sendiri.“Dalam hubungan keluarga, komunikasi antara ibu bapa dan anak perlu diucapkan dengan jelas dan mengkhusus supaya tidak berlaku salah faham dan kekeliruan pada mesej yang ingin disampaikan,” katanya.Dr Lihana berkata, dalam komunikasi perlu ada cara mendengar yang aktif iaitu bukan saja mendengar pada lisan tapi melihat pada komunikasi bukan lisan dan tanda yang diguna oleh pengucap.“Ada kalanya anak kecil suka bercerita sesuatu perkara dengan panjang lebar. Sebagai ibu bapa kita perlu mendengar dan jangan potong percakapan mereka sebaliknya beri galakan seperti dengan menganggukkan kepala,” katanya.Integriti dalam komunikasi juga mementingkan aspek lain iaitu kebolehpercayaan, berprinsip dan integriti dalam mesej yang bermaksud mesej itu sampai kepada penerima secara tersurat dan tersirat.Beliau berkata, faedah komunikasi terbuka dalam hubungan kekeluargaan juga perlu ada seperti perkongsian suka duka, impian dan harapan serta dapat melahirkan kebimbangan pada ahli keluarga.“Melalui cara ini, penyelesaian masalah dapat diselesaikan bersama dengan pasangan atau ahli keluarga dengan lebih berkesan.“Kesan lain, perasaan selamat dan sokongan emosi daripada ahli keluarga membantu memberi suasana yang lebih selesa dan hidup harmoni,” katanya.Begitu pun, kata Dr Lihana, wujud perbezaan cara berkomunikasi bagi jantina berlawanan yang mana kata-kata suami atau isteri boleh mewujudkan salah faham kerana perbezaan tafsiran. Sebagai contoh, isteri meminta suami menghubunginya apabila sampai ke pejabat. Pada tafsiran suami, isterinya seolah-olah tidak mempercayainya sedangkan isteri hanya mahu mewujudkan perhubungan yang berterusan bersama suami walaupun berada di tempat lain.Aspek kejujuran yang menjadi ‘rencah’ integriti dalam komunikasi mewujudkan keupayaan terhadap individu membincangkan pelbagai perkara. Seterusnya, individu perlu berlaku jujur pada diri sendiri dan terhadap pasangan serta ahli keluarganya. “Kejujuran adalah perkara paling penting untuk dipraktikkan dalam pembinaan dan pengukuhan keluarga. Jika tidak, ia akan mewujudkan masalah seperti perceraian dan keluarga yang berpecah-belah.“Tunjukkan kasih sayang pada pasangan dan ahli keluarga dengan tindakan, ucapan, masa yang berkualiti dan pemberian hadiah supaya masing-masing rasa dihargai dan dihormati,” katanya. Pemantapan sahsiah bendung isu sosialBERTITIK tolak bagi merealisasikan hasrat Wawasan 2020, kerajaan membentuk Pelan Integriti Nasional (PIN) sebagai persediaan menjadi negara maju yang bukan saja membangun dari segi fizikal dan ekonominya, tetapi juga akhlak dan sahsiah individu dalam masyarakat hari ini serta masa depan.Cabaran bermula dalam memantapkan institusi keluarga hari ini bagi berdepan situasi itu kira-kira 13 tahun lagi. Pengukuhan itu penting berikutan pemerhatian yang berlaku di negara Barat, mereka mundur dari segi akhlak dan moral individu dan mewujudkan pelbagai masalah sosial meskipun maju dalam ekonomi.Sehubungan itu, Pengarah Sektor Sosiobudaya Institut Integriti Malaysia (IIM), Mazilan Musa, berkata kerajaan ingin menjadi negara maju dengan mengikut acuan sendiri.“Banyak gejala berlaku dalam masyarakat hari ini yang menyerupai negara Barat seperti masalah sosial dan keruntuhan moral, jadi perkara inilah yang perlu dibendung untuk meningkatkan kualiti individu dalam masyarakat negara ini,” katanya.Sehubungan itu, beliau berkata, maksud integriti yang baginya menjadi kunci pemantapan keluarga dan masyarakat, perlu dimulakan pada peringkat individu.“Integriti meliputi semua nilai positif yang perlu diterapkan pada seorang individu dan sebuah organisasi. Ia berkait rapat dengan etika dan tindakan seseorang.“Perkara asas dalam integriti adalah sifat jujur dan amanah. Bertanggungjawab, telus, cekap dan adil melengkapkan lagi nilai integriti dalam diri individu untuk membentuk dan memantapkan organisasi serta masyarakat,” katanya.Mazilan berkata, lima sasaran yang disenaraikan dalam Tekad 2008 mengambil kira pelbagai ruang lingkup bagi memastikan negara benar-benar bersedia menghadapi Wawasan 2020 dan satu daripadanya turut memberi perhatian kepada meningkatkan kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat.Sehubungan itu, katanya, pelbagai pihak khususnya masyarakat sendiri perlu memastikan sasaran berkenaan berjaya dicapai jika ingin menjadi negara maju tanpa meminggirkan kesejahteraan rakyat.“Fokus kini ditumpukan pada pemantapan institusi keluarga dengan pendekatan jiwa integriti. Semua individu di negara ini, sejumlah 26 juta memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk menjayakan serta merealisasikan hasrat kerajaan menjadi negara maju yang tinggi kualiti moral dan sahsiah menjelang 2020.“Pembentukan sahsiah bermula dari didikan. Didikan pula tidak hanya di sekolah, sebaliknya peranan semua individu untuk memberi ajaran dan teguran dalam masyarakat,” katanya.Beliau berkata, ada tiga peringkat pembelajaran iaitu mengambil tahu, menghayati dan mengamalkan. Pada peringkat pertama, individu akan mendapat kesedaran seterusnya menghayati perkara yang dipelajari dan pada peringkat akhir mengamalkan perkara yang baik. “Dengan mengamalkan nilai yang baik akan membentuk individu terbaik yang mana boleh mengelakkan perkara buruk terjadi dalam masyarakat,” katanya.FAKTA: Lima sasaran dalam Tekad 2008
· Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan.
· Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi kerenah birokrasi dan penyelewengan.
· Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
· Memantapkan institusi keluarga.
· Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Isnin, 2 April 2007

Tips-tips kesihatan

Tips-tips kesihatan yang lain, saya akan attachakan kemudian...

penjagaan kesihatan anak-anak


Kesihatan Anak: Ubah cara pemakanan anak elak obesiti

KITA selalu mendengar mengenai masalah obesiti di kalangan kanak kanak. Bagaimanapun kadar peningkatan jumlah kanak-kanak obesiti tidak juga berkurang. Ia sesuatu yang tidak menghairankan kerana beberapa masalah seperti berikut;

- Makan adalah sesuatu yang menggembirakan
- Makanan yang tinggi kalori dan juga tidak baik untuk
kesihatan selalunya enak
- Bersenam adalah perkara yang susah untuk dilakukan

Setiap keluarga seboleh-bolehnya mengamalkan sedikit perubahan dalam cara kehidupan untuk memastikan anak mereka tidak menjadi obesiti. Ia boleh dilakukan tidak kira sama ada pada peringkat kanak-kanak atau bila dewasa kelak.Perlu ditekankan di sini, perubahan mestilah tidak secara mendadak. Jika dibuat terlalu drastik, kebanyakan ahli keluarga tidak dapat mengikuti perubahan itu.

Lima langkah yang mudah untuk menghindari masalah obesiti

- Mengurangkan makanan yang berkalori tinggiSecara umumnya satu paun berat badan
adalah bersamaan dengan 3,500 kalori. Jika anda mengambil lebih kurang 150 kalori
lebih sehari, dalam masa tiga minggu berat badan anda akan meningkat sebanyak satu
paun. Tahukah anda 150 kalori adalah bersamaan dengan sekeping biskut sehari? Bagaimanapun jangan sekali-kali mengikuti pelan diet yang terlalu tegas tanpa nasihat doktor atau pakar pemakanan.
- Kurangkan makanan segera (fast food)Kebanyakan makanan segera mempunyai kadar kandungan lemak yang tinggi. Tetapi tidak juga dinafikan kebanyakan restoran makanan segera sekarang ini mempunyai banyak pilihan makanan yang lebih berkhasiat.
- Kurangkan minuman kalori tinggiMinuman seperti minuman soda dan jus buah-buahan berkalori tinggi. Walaupun kanak-kanak boleh mengambil jus buah-buahan tetapi jika berat badan anak anda tinggi adalah lebih baik untuk mengurangkan minuman itu.
- Tingkatkan aktiviti senaman anak andaGalakan anak anda bersukan. Jika mereka kurang minat untuk bersukan aktiviti seperti berenang atau mengayuh basikal adalah mencukupi.
- Membeli barangan makanan dengan lebih bijakWalaupun anda tidak boleh mengawal pemakanan anak ketika mereka di luar rumah, barangan makanan yang dibeli untuk seisi rumah dapat mengawal sedikit sebanyak gaya pemakanan anak anda. Jika ibu bapa tidak membeli makanan seperti cip kentang dan makanan kalori tinggi, anak anda tidak akan mengambil makanan sebegitu sekurang-kurangnya di rumah.Perlu diingatkan, perubahan yang dilakukan mestilah sesuatu yang mudah untuk dijalankan. Ambil salah satu langkah seperti di atas setiap minggu. Secara tidak langsung tanpa diketahui perubahan yang agak ketara akan berlaku dalam cara kehidupan seharian.

TIP Panduan pemakanan kanak-kanak obesiti
- Mengurangkan makanan yang berkalori tinggi - Jangan makan di hadapan televisyen kerana ia selalu menyebabkan pemakanan yang berlebihan
Kurangkan makanan segera (fast food) - Pilih makanan yang berkhasiat apabila pergi ke restoran makanan segera.
- Kurangkan minuman kalori tinggi - Minum susu rendah lemak dan elakkan susu berperisa seperti coklat atau strawberi.
- Tingkatkan aktiviti anak anda - Berjalan setiap petang atau membabitkan diri dalam permainan.
- Membeli barangan makanan dengan lebih bijak - Baca label terhadap makanan yang dibeli. Pastikan makanan yang dibeli adalah rendah kalori seperti minuman kurang gula dan lemak.